Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum ...
Assalamualaikum ...
Alhamdulillah, setelah 2 minggu tak melayari blog kerana kekangan masa dan begitu banyak tanggungjawab lain yang terpaksa didahulukan, ini kali kedua saya cuba untuk menulis di blog saya sendiri...
Rasa teruja untuk bercerita walaupun saya bukanlah seorang pencerita yang baik. Dalam tempoh 2 minggu ini terlalu banyak perkara yang betul-betul menguji kesabaran saya sebagai seorang ibu, seorang isteri dan sudah semestinya sebagai seorang hamba Allah...
Bemula dengan anak kedua saya, Ahmad Thaqif muntah-muntah pada 18 April lalu yang memaksa saya kejarkannya ke hospital kerana badannya terlalu lembik kerana tidak makan langsung sejak dari pagi...kalau diikutkan hati hari itu saya ingin pulang lewat sedikit dari sekolah kerana memikirkan beban tugas yang masih belum selesai, namun entah mengapa terasa badan penat dan ingin melupakan seketika kerja-kerja di sekolah terus saya tutup buku dan balik.
Sesampai dirumah saya lihat pengasuh adik datang dengan mendukungnya..terasa lain dihati.selama ni tak pernah pengasuh hantar pulang,biasanya saya yang mengambil adik dirumahnya...hati rasa lain macam...terus saya mendapatkan adik..
Badan adik lembik dan ternyata adik betul-betul tak bermaya..tak ada senyuman langsung di bibirnya seperti biasa...saya bagi adik minum air masak...begitu lahap sekali dia minum..terlampau haus agaknya...namun tak lama, air yang diminum terus dimuntahkan kembali....saya panik.tak tahu nak buat apa...
Lepas solat zohor saya ambik keputusan membawa adik ke hospital, tak sanggup tgk keadaannya yang makin lembik..dalam perjalanan beberapa kali lagi adik muntah...mujurlah ada emak yang sentiasa menemani.......wafi pun ikut sekali....
Sesampai sahaja adik diberi rawatan, dan tangan adik di masukkan jarum untuk dimasukkan air. Istilah di hospital 'drip'..itu yang saya dgr dari nurse...adik dimasukkan ke wad 5cd..mak dan wafi menemani kami seketika sambil menunggu kedatangan ayah membawa mak dan wafi pulang...
Malam ni bermalamlah saya di hospital..waktu baru pukul 4 ptg...saya teringin menghubungi suami tetapi memikirkan suami masih mempunyai program di kemaman,saya diamkan dulu. Selepas pkl 6 baru saya memberitahunya..suami agak terkejut...pagi td adik masih ok katanya..."itu pg td bang....."saya menjawab.
Setelah solat asar mak dan wafi pulang...dalam kepala ni mcm2 perkara yang difikir...lebih kurang pkl 8 mlm suami sampai di hospital...saya minta suami temankan adik,kerana saya masih belum solat Maghrib....saya tinggalkan mereka berdua...
waktu beginilah Allah menguji keimanan kita...saya hampir-hampir terlepas solat Maghrib.
Suami pulang selepas saya solat Isyak...kasihankan suami melihat dia keletihan setelah seharian di Kemaman dan memandu jauh...esoknya saya minta suami datang seawal jam 6.30 supaya saya tak terlepas solat subuh...mana mungkin saya tinggalkan adik berseorangan kerana dia langsung tak mahu tinggal seorang diri..semua itu betul-betul menguji keimanan saya...Malamnya adik demam,suhu mencecah 38.4.....saya diuji lg...adik merengek mahu dipeluk.minum langsung tak mahu...sampai pagi...penat hanya Allah yg tahu...saya menangis seorang diri...dalam hati tak lekang berdoa supaya kami dpt cepat2 balik rumah...
Dua hari adik tak mkn dan minum...hanya mengharapkan "drip" ditangan sebagai penambah tenaga...dua hari adik hanya tido sepanjang hari...sedih melihat adik begitu...hari ketiga tgn kanan adik yang dimasukkan "drip" bengkak. nurse keluarkan drip dan tukar pulak ke tgn kiri, tp hanya semalaman kerana adik menghisap jari, tak sedar mlm tu adik mencabut sendiri "drip" tersebut dan darah meniti-nitik kat lantai. Esoknya doktor masukkan "drip" melalui kaki...kesian adik. semua kaki, tangan kanan dan kiri adik dicucuk....
Allah menguji kami lagi..adik cirit birit. Ya Allah...permudahkanlah segala urusan ku...mungkin lebih 10 kali sehari adik buang air..begitulah sehingga hari keenam...hanya selepas itu, segalanya beransur baik, adik sudah berselera makan, tak demam lagi tp masih cirit birit wpun tidak seteruk hari pertama...dan kami dibenarkan pulang...Alhamdulillah
Sepanjang 6 hari saya berkampung di hospital, bermacam pengalaman yang dtimba tentang kesihatan anak2..melihat kanak-kanak lain yang lebih teruk daripada adik dan dapat juga berjumpa kawan2 baru...terima kasih pada semua doktor dan jururawat yang merawat adik...Alhamdulillah hari ni adik semakin bersemangat...dan kuat makan:)
p/s: ini kisah pertama, akan ada lagi kisah seterusnya..akan saya ceritakan lagi di kesempatan yang lain....
salam buat sahabat2 semua..










No comments:
Post a Comment